Thursday 12 March 2015

CLEARPATH ALIGNERS

Salam semua..

Beberapa hari lepas saya review seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan ortodontik (membetulkan gigi) menggunakan aligners. Gembira sangat bila melihat great improvement berbanding dengan keadaan beliau sebelum ni. Kalau saya dah gembira, apatah lagi pesakit kan! Ok, mari tengok gambar dulu.

Pesakit ini mempunyai masaalah gigi jarang @ spacing. Anggaran tempoh rawatan 1 1/2 tahun. Pesakit baru sahaja memakai aligner selama 3 bulan. Perbezaan yang ketara boleh dilihat pada gigi depan bahagian atas. Nanti saya tunjuk gambar selepas 6 bulan pulak, kita tengok result nya ok. So, pada yang ragu2 akan keberkesanan aligner, just stay with me, nanti saya akan tunjuk sehingga end result.:)

Apa yang menarik dengan aligner/ braces tanpa dawai ni?

  • ianya adalah lutsinar, sekali pandang memang orang tak perasan anda sedang menjalani rawatan ortodontik. 
    hampir tidak kelihatan kan?
  • kebersihan mulut lebih senang dijaga kerana aligner boleh ditanggalkan ketika menggosok gigi. Jadi tak perlu risau risiko kerosakan gigi.
  • aligner juga sesuai untuk anda yang mempunyai kehidupan yang sibuk @ menetap jauh dari klinik kerana anda tidak perlu jumpa dentist dengan kerap. waktu temujanji boleh diubahsuai mengikut jadual anda, sebagai contoh anda hanya boleh datang ke klinik 3 bulan sekali, jadi saya akan bekalkan anda dengan beberapa pasang aligner sehingga tarikh temujanji seterusnya.
    Beberapa pasang aligner yang saya akan bagi kepada pesakit
     
  • dengan aligners, corak pemakanan anda tidak perlu diubah. tiada pantang larang, malah anda boleh makan seperti sebelumnya. Jika anda berasa tidak selesa menggunakan aligner ketika makan, anda boleh keluarkan aligner untuk seketika.
  • tempoh rawatan menggunakan aligner lebih cepat berbanding pendakap gigi biasa
make your own choice!

Daa
Dr A



Tuesday 10 March 2015

Anak baru nak tumbuh gigi??

Salam & hye everybody.. Laaamanya tak update blog & sharing knowledge of oral health!.. Sebenarnya Dr A baru habis confinement leave, so baru masuk kerja. Missing my clinic & patients:)

In sha Allah, Dr A akan start sharing semula, so rajin2 la visit blog ni after this ya!



OK, just a brief. Orregel ni dapat memberi kelegaan yang cepat untuk baby anda yang baru nak tumbuh gigi. Selalu baby akan meragam bila nak tumbuh gigi and sometimes air liur akan meleleh je..Even ada baby sampai demam bila nak gigi baru nak keluar. Jangan bimbang ibu2 semua, simptom tu hanya untuk sementara waktu sahaja:) So, untuk melegakan bayi anda, boleh la apply Orregel ni pada kawasan gusi yang baru nak keluar gigi tu. Selain itu, Orregel ni boleh juga digunakan untuk ulser mulut pada kanak-kanak.

Mana nak dapatkan Orregel?
Boleh datang ke klinik pergigian Dr Afzan @ online shopping pun boleh.. Just call @ email us.

012 - 234 8407 / tdenttrading@yahoo.com.

Dr A